KAEDAH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
Karangan cemerlang memerlukan pelajar menghasilkan perkembangan dan pengolahan hurain isi secara harmoni, ibarat aliran air sungai yang tenang dan mendamaikan hati pembaca atau dalam peperiksaan lebih tepat kepada pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, murid perlu memastikan karangan yang dihasilkan dapat memuaskan hati pemeriksa untuk terus membaca karangan berkenaan bermula daripada perenggan pengenalan hinggalah ke perenggan penutup kerana impresion seseorang pemeriksa akan menentukan markah karangan anda sama ada dalam skop markan cemerlang, baik mahupun sederhana. Diharapkan dengan adanya Jadual Pengembangan Idea Karangan akan mampu membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
PERKARA | PENERANGAN |
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI. | BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA. |
AYAT RANGSANGAN 1 | AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN. Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih? |
AYAT RANGSANGAN 2 | AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA. ( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema? |
AYAT RANGSANGAN 3 | MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA ( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema? |
FRASA MENARIK | PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan. |
UNSUR KBAT | KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya……………………………. |
AYAT ARAHAN | MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. |
Sebagai peringatan, pelajar cukup sekadar menulis sehingga ayat rangsangan 2 semasa mengembangkan perenggan pengenalan kerana masa pelajar terhad semasa mengarang
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)
TEMA/ KATA KUNCI ISI | PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS ( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih? |
AYAT HURAIAN 1 | AYAT HURAIAN ISI. (MENGAPA- TENTANG ISI) PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:- |
AYAT HURAIAN 2 | AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA ( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI) |
AYAT HURAIAN 3 | AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA. (KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA ) PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3. |
AYAT CONTOH | AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN) |
UNSUR KBAT | SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA…….. |
FRASA MENARIK | PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA. SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN |
AYAT ARAHAN | TEGASKAN SEMULA ISI TEMA KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA |
Sebagai peringatan, pelajar cukup sekadar menulis sehingga ayat rangsangan 2 semasa mengembangkan perenggan isi kerana masa pelajar terhad semasa mengarang.
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul | Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema) |
Ayat cadangan | Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain |
Ayat huraian cadangan | Huraikan kenapa pentingnya......tema? |
Ayat huraian mengapa Cadangan diutarakan | Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ? |
Unsur KBAT | Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya. |
Frasa menarik | Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb. |
Ayat harapan | Apa harapan anda terhadap tajuk/tema |
Semoga, Jadual Pengembangan Idea Karangan di atas dapat membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.